kisah klasik untuk masa depan . . .

14th October 2008.  01:58am.

Dah lama aku tak blogging pakai bahse melayu.terase windu plak.ari ni kat jepun cuti.cuti sempena “hari sukan” se-jepun.aku pon tak paham sangat tujuan ari ni dijadikan cuti umum.maybe sebab jepun nak suroh rakyat dia bersukan sikit kot.jangan duk kerja jek.tapi aku tak bersukan pon ari ni.duk lepak2 kat bilik pastu ajak member2 datang makan kat bilik.aku masak lebih sikit tadi.

Dikeheningan malam ni…tetibe aku termuhasabah diri sendiri.siapa sebenarnya aku sebenarnya?tak tau kenapa.maybe sebab sunyi sikit kot tetengah malam ni.so aku pon cuba la imbas balik siapa diri aku sebenarnya.

Nama sebenar aku Wan Ahmad Ikhfan Wan Mohamed.mengikot kata mak aku,nama tu makcik aku yang berikan.aku dilahirkan pada petang 21st april 1984 kat kota bharu kelantan.dizaman kecil aku,aku tak sempat nak bermanja lama dengan mak aku.time aku umor 4 tahun,aku dapat adik.and bila abis sekolah rendah,aku ditawarkan masok skolah asrama penuh kat kl.memang takde time bermanja.maybe sebab tu kot aku takde la kamcing sangat ngan mak aku.tapi aku tetap sayang dia.

Tentang pelajaran plak…aku sebenarnya pemalas.tapi sejak kecil aku dianugerahkan oleh Tuhan otak yang senang paham ape yang cekgu ajar.and aku mudah ingat tentang kejadian2 yang berlaku dalam hidup aku.even sometime benda-benda kecil.time skolah rendah dulu,aku tak pernah buat kerja sekolah kat umah.semua homework yg cekgu kasik…aku akan settle kan kat skolah.kekadang tu bila abes jek cekgu math tulis soklan nombor 1 kat papan hitam,aku terus kira time cekgu tengah tulis soklan nombor 2.so by the time cekgu abes tulis semua soklan…aku pon abes kira semua soklan homework math untuk ari tu.so bila aku balik…aku maiiiinnn jek.memula tu mak aku marah sebab dia takot aku fail.tapi bila result kluar…semuanya cemerlang.record paling best pernah aku dapat adalah 498/500 markah untuk 5 subjek.aku still ingat aku salah 1 soklan dalam ujian akhir tahun darjah 4 untuk subjek agama islam.maybe sebab tu kot aku ni jahil sikit.tak macam adik aku,ikram.

Kat sekolah menengah pon walaupon aku tak menonjol macam kat skolah rendah,tapi prestasi belajar aku tetap stabil sehinggalah aku berjaya sampai ke jepun ni.even dijepun ni aku menghadapi banyak masalah,tapi aku still rasa aku buleh lepasi segala halangan yang ada sampai aku dapat ape yang aku citakan.

Ni plak pasal personaliti.aku ada masalah.aku tak pandai senyum.kekadang aku heran bila aku tengok orang senyum punye la manis and natural.aku memang tak reti senyum sejak kecil.korang pi la tengok gambar aku.ade yang aku senyum?memang takdak la…disebabkan aku tak reti senyum tu la…ramai orang yang tak kenal aku,akan anggap aku ni sombong and tak friendly.sebenarnya aku ni friendly.kekadang tu terlebih friendly.tapi tu pon masalah gak.sometimes i just care to much about orang lain.kekadang tu sampai menyakitkan diri sendiri.padahal sometimes orang tu tak peduli pon kat aku.

Disebalik ke”friendly”an aku ni,ada orang kata aku garang.yes aku garang.aku akuitapi aku jarang sangat marah.tapi kalu aku start marah,ramai yang tergamam.so jangan buat aku marah.ahahaha!takde la.aku sebenarnya ok je.selagi orang tak kurang ajar or cabar-cabar aku,aku buleh sabar.setakat bende-bende remeh,aku buat bodo jek.

Kawan,ramai giler kawan aku.bukan setakat kawan melayu or jepun.bangla indon india pakistan iran(kiana!ehehe) semua aku ada.selain kawan,aku ada ramaaaaaiiii kakak angkat.beribu-ribu lemon.tapi yang betol2 aku akui sebagai kakak angkat aku cuma 3 orang:

kak suraya,doctor kat kl.

kak nisrin,keje kat UM.

kak syikin,student uitm.

Diorang 3 orang ni la yang selalu tolong aku bagi nasehat and dorongan.tak payah la aku citer camne aku buleh baik ngan diorang.yang pentingnya,jasa diorang kat aku tersangatlah besar.aku memang dah anggap cam kakak kandung sendiri.giler windu diorang.smalam kak suraya send sms tanya kabar.aku tak reply lagi sebab international call card aku abes.

adeh!penat plak menaip…nanti aku sambong.

to be continue . . .

October 13th, 2008 at 10:29 am and tagged  | Comments & Trackbacks (1) | Permalink